Perubatan Melayu Rawat Strok

Artikel ini saya tulis untuk akhbar Berita Harian Singapura pada 11 Januari 2012. Insha Allah akan saya cuba scan artikel aslinya dan upload disini.

“Angin Ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh saluran darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu.

Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu sel-sel otak akan rosak atau mati dan mengakibatkan bahagian badan dikuasai oleh bahagian otak yang yang tidak berfungsi itu.

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejala atau tandanyaialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca angina ahmar termasuk usia lanjut, tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi.

Gejala-gejala angina ahmar bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas. Antara gejala-gejala yang akan dirasa ialah:

  • Otot terasa lemah dan kebas
  • Pengurangan deria rasa sakit dan penurunan suhu badan pada bahagian yang terjejas
  • Pengurangan deria getar atau reflex action
  • Pengurangan semua atau sebahagian deria untuk hidu, merasa, mendengar atau melihat
  • Kelopak mata menjadi layu dan otot-ototnya lemah
  • Pengurangan daya reflex seperti untuk menelan dan tindakan reaktif anak mata terhadap cahaya
  • Pengurangan deria dan kelemahan pada otot muka
  • Masalah mengimbangi badan
  • Perubahan pada kadar pernafasan dan denyut jantung
  • Kelemahan pada otot-otot di leher dengan kehilangan upaya untuk memusing kepala
  • Kelemahan lidah ( kehilangan upaya untuk menjelirkan lidah dan/atau untuk menggerakkannya ke sebelah)
  • Kehilangan upaya untuk bertutur atau memahami bahasa
  • Pergerakan terbatas
  • Pemikiran tidak teratur, keliru dan gerak guna isyarat
  • Perubahan pada penglihatan
  • Kekurangan daya ingatan
  • Kesusahan untuk berjalan
  • Perubahan kordinasi pada pergerakan
  • Pening kepala

Antara gejala pertama yang akan dirasa pesakit ialah kebas, terutama pada bahagian tangan dan kaki (atau kededuanya), terasa bahagan tersebut lemah dan tidak mengikut pergerakan yang dikehendaki dan kadang-kadang penglihatan juga kabur.

Antara ujian yang boleh dilakukan adalah menyentuh jari telunjuk pesakit ke hidungnya. Pesakit strok selalunya tidak akan dapat melakukannya disebabkan kordinasi yang hilang.

Perubatan Melayu

Dari pandangan perubatan melayu tradisional, angina ahmar mempunyai beberapa penyebab lain.

Selain daripada punca-punca yang tersebut di atas tadi, dalam perubatan Melayu penyakit ini disebabkan oleh serangan angina.

Ini bersangkutan dengan beberapa petua orang Melayu lama seperti jangan duduk di depan pintu kerana ditakuti ada angina yang lalu dan ia akan terkena kepada kita.

Selain itu, terdapat juga masalah angina ahmar yang terjadi daripada gangguan makhluk halus seperti yang tersebut dalam hadis Nabi saw yang menyebut cucu Baginda terkena penyakit daripada makhluk yang bergelar Rihul Ahmar.

Cara untuk menyembuhkan penyakit angin ahmar bergantung kepada punca penyakit tersebut.

Kalau ia daripada gangguan Rihul Ahmar, is memerlukan kaedah zikir atau doa penyembuhan agar makhluk ini diusir daripada tubuh kita.

Untuk penyakit angina ahmar yang berpunca daripada aning atau lain-lain, maka urutan dan rawatan herba adalah digalakkan. Cara merawat angina ahmar dengan mengurut, lain daripada urutan biasa.

Antara kelainannya ialah urutan angina ahmar ada kala tidak menggunakan minyak urut biasa, tetapi menggunakan limau purut yang di parut dengan kulitnya sekali.

Ini kerana limau mempunyai fungsi menyegarkan, jadi ia dapat menyegarkan urat saraf yang terganggu dengan masalah tadi.

Apabila mengurut, diperhatikan juga pergerakan tempat yang ditujui. Ini penting untuk mengenal pasti sama ada urat tubuh dapat fungsi seperti biasa.

Selain daripada itu, jintan yang direbus dengan air digunakan untuk mandi, juga dengan tujuan memulihkan urat saraf tubuh.

Dari segi pemakanan, digalakkan memakan herba seperti jeli gamat, ikan haruan, ramuan tongkat ali dan raja kayu.

Cara elak angin ahmar

Bagi mengelakkan penyakit ini kita hendaklah sentiasa menjaga tekanan darah supaya tidak terlalu tinggi, menjaga kesihatan jantung agar perjalanan darah keseluruh tubuh terpelihara dan juga kadar kolesterol agar ia tidak melebihi batas yang perlu.

Ini dapat membantu kita menjalani hidup hingga ke hari tua dengan sihat dan cergas.

Bagaimanapun, jika sudah terkena angin ahmar, merawatnya dengan secepat mungkin akan meningkatkan kemungkinan penyembuhannya.

Kaedah mengurut amatlah berguna untuk mereka yang menghidap penyakit ini bagi mengembalikan fungsi urat saraf yang bersangkutan dengan cepat.

Contoh Pesakit

Saya pernah merawat seorang pesakit wanita yang berusia kira-kira 70 tahun yang telah diserang angin ahmar selama beberapa bulan.

Beliau menghidap tekanan darah tinggi selama beberapa tahun dan kemudian terjatuh dan ini yang menjadi punca angin ahmarnya.

Saya telah menjalankan rawatan mengurut sebanyak 10 sesi.

Selepas sesi yang keempat beliau sudah mua mengangkat tangannya dengan sendiri. Beliau yang pada mulanya terlantar baring sahaja, kini sudah boelh bangun dan duduk dengan sedikit bantuan.

Tetapi memandangkan umurnya yang telah lanjut, maka perubahan amatlah lambat dan minimal sahaja.

Nota: Penulis seorang ahli ilmu naturopati berdaftar lulusan Youngson Institute of Natural Science, Australia, dan mengendalikan pusat rawatan naturopati , Darul Hikmah,  di sini. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel rashidinz@gmail.com atau telefon 82048951.”

Leave a Comment